PENGENALAN
Nama Saintifik: Ipomoea batatas
Asal: Bahagian Tropika Benua Amerika
Famili: Convolculaceae
Sesuai ditanam: Kawasan 40o U hingga 30o S.
Kandungan Zat Makanan: Karbohidrat, Vitamin A
JENIS :
Ubi Berair
Ubi
ini menjadi lembut apabila direbus atau digoreng. Di Malaysia, ubi
keledek yang berkulit merah tergolong dalam jenis berair. Jenis ini
biasanya mengeluarkan hasil yang tinggi. Varieti Cina tergolong dalam
kumpulan ini.
|
Ubi Jenis Kering
Jenis
ini tidak mudah lembut apabila digoreng atau direbus. Lazimnya
berkulit putih manakala hasilnya kurang sedikit berbanding dengan
jenis berair. Varieti Gendut tergolong dalam kumpulan ini.
| |
VARIETI :
| ||
(i) Varieti Gendut (MSP 94)
Varieti ini diperolehi dari MARDI Semenanjung.
Kandungan kanji: 23% Kandungan Karotena: 31 ug/100g Brix: 10.0 % Kualiti Pemakanan: isinya empuk dan tekstur isi kering setelah direbus atau digoreng
Ciri kualiti pemakanan ini sesuai untuk makanan segar disamping boleh mengganti ubi kentang dalam masakan kari.
Berdasarkan ciri-ciri ini, Jabatan telah mengesyorkan penanaman varieti ini.
|
Ciri-ciri Varieti Gendut
Daun
berbentuk hati, pucuk daun berwarna hijau muda dan gagang hijau.
Batang warna hijau, kulit ubi berwarna aperang kekuningan, licin dan
nipis sementara isinya berwarna putih.
Gambar menunjukkan ubi keledek Varieti Gendut | |
(ii) Varieti Cina
Varieti ini agak popular di kalangan penduduk tempatan. Isinya empuk dan agak basah apabila direbus atau digoreng.
Gambar menunjukkan ubi keledek Varieti Cina |
Ciri-ciri Varieti Cina
Daun
berbentuk hati, pucuk daun berwarna hijau dengan garisan ungu di tepi
daun dan gagang daun hijau dengan ungu di bahagian berhampiran
batang.
Batang
hampir keseluruhan berwarna ungu, kulit ubi berwarna jingga,
menggerutu dan nipis sementara isinya juga berwarna jingga.
|
KESESUAIAN TANAH
Bagi mendapatkan hasil tinggi, ubi keledek memerlukan keadaan panas yang berpanjangan iaitu sekurang-kurangnya 3 bulan.
Ia
dapat hidup dengan subur sekiranya mendapat cukup kelembapan tetapi
tidak tahan kepada keadaan air yang bertakung. Jika ia ditabama di
tanah yang agak basah dan lembab, biasanya ubi segar yang dihasilkan
tidak empuk isinya.
Namun, ia tahan terhadap keadaan cuaca kemarau.
Tanah yang paling sesuai ialah tanah gembur berpasir, mengandungi banyak bahan organik dan kadar penyerapan air yang baik.
Tanah yang terlalu berpasir akan menyebabkan ubi yang dihasilkan berbentuk memanjang.
Tanah liat juga kurang sesuai kerana kekurangan bahan organik dan tidak gembur untuk pertumbuhan ubi yang optima.
Ia juga sesuai ditanam ditanah gambut yang telah matang dan mempunyai sistem perparitan yang baik.
PENANAMAN
Penyediaan Tanah
Tapak
penanaman perlu dibajak dan diputar. Sekali bajak dan putar sudah
mencukupi. Batas berukuran 60 cm lebar dan 30 cm tinggi disediakan.
Penyediaan Bahan Tanaman
Ubi keledek boleh dibiakkan dengan dua cara iaitu keratan atau ubi.
Penggunaan
keratan lebih murah dan mudah. Keratan ditanam terus ke ladang atau
dibiak dahulu untuk mendapatkan keratan yang sama umur dan masa
pembiakannya selama 50-60 hari. Kemudian batang yang telah dibiak perlu
dipotong menjadi keratan berukuran 20-30 cm.
Penanaman Di Ladang
Keratan sepanjang 20 cm dimasukkan ke dalam tanah dan 10 cm lagi dibiarkan di atas tanah.
Jarak penanaman: 1 m x 0.3 m (1 ha - 33,333 keratan)
PENGURUSAN LADANG
Penyiraman
Sekali sehari dalam cuaca yang panas dan kering.
Pengurusan Tanaman
Batang-batang
yang menjalar keluar batas perlu diangkat ke atas batas supaya akar
tidak tumbuh di buku-buku sepanjang batang. Kerja-kerja ini dilakukan
sebulan sekali atau bergantung kepada keadaan tanaman. Jika ini
dibiarkan akan menghasilkan ubi-ubi yang kecil di batang utama.
Merumpai
Rumpai
di antara barisan dan di atas batas (cangkul atau bahan kimia). Racun
rumput pra-cambah tidak mendatangkan bahaya kepada keratan-keratan yang
baru ditanam. Sebaiknya meracun rumpai dilakukan sebelum penanaman
keratan di ladang.
Pembajaan
Jenis Baja
|
Masa Membaja
|
Kadar per hektar
|
Kapur
|
3 mgg sebelum penanaman
|
1.0 mtan
|
Urea
|
3 minggu sebelum penanaman
|
57 kg
|
TSP
|
"
|
70 kg
|
MOP
|
"
|
55 kg
|
Urea
|
Sebulan selepas penanaman
|
57 kg
|
MEMUNGUT HASIL
Kebanyakan jenis ubi keledek boleh dipungut 3-4 bulan selepas ditanam.
Daun
dan batangnya perlu dibuang sebelum ubi dipungut. Cangkul tanah disisi
batas agar ubi digali dengan mudah. Ubi kemudian dipungut dan dikelas
mengikut saiz untuk tujuan pasaran.
Varieti
Gendut dan Cina boleh mengeluarkan hasil ubi segar sebanyak 20-25 mtan
sehektar jika ditanam di tanah mineral dengan amalan agronomi yang
disyorkan.
Bagi
tanah gambut, ia boleh mengeluarkan hasil ubi segar sebanyak 10-15 mtan
sehektar dan di tanah asid sulfat didapati Varieti Cina boleh
mengeluarkan hasiol sebanyak 10-15 mtan sehektar.
PENYAKIT DAN PEROSAK
Penyakit
(i) Keropeng (agen penyebab: Elsinae batatas)
Tanda-tanda:
Patogen
ini menyebabkan binti-bintik pada urat daun, petiol, lai daun dan
batang. Bintik-bintik ini kecil, bulat hingga eliptikal yang berwarna
coklat yang dikelilingi oleh warna ungu.
Bahagian
terkena jangkitan menjadi berkabus dan kemunculan keropeng, tisu-tisu
menjadi berubah bentuk, cacat dan pertumbuhan terbantut.
Cadangan kawalan:
- Guna varieti tahan penyakit jika ada
- Guna sala satu racun kulat seperti Benomyl (Benlate), kuprum oksiklorid atau Maneb yang disembur selang 10-14 hari.
(ii) Bintik Daun Cercospora
Organisma penyebab: Cercospora timorensis
Tanda-tanda:
Bintik-bintik
halus berwarna perang , berbentuk bulat dan bersiku-siku pada daun.
Serangan teruk menyebabkan daun luruh. Kerap terjadi dalam keadaan
cuaca lembab.
Cadangan kawalan:
Serangan teruk - guna racun kulat seperti Maneb atau Zineb.
Perosak
(i) Kumbang (Cylas formicarius)
Serangga
ini paling teruk merosakkan ubi keledek. Kumbang dewas memakan bahagian
permukaan ubi dan larvanya membuat saluran dalam batang dan ubi.
Serangan boleh dikesan apabila kelihatan lubang-lubang halus pada ubi.
Cadangan Kawalan:
- Amalkan penanaman bergilir
- Gunakan bahan tanaman bebas serangga perosak
- Remdam keratan dalam racun serangga selama 30 minit sebelum ditanam
- Taburkan racun butir carbofuran di sekeliling pangkal tanam-tanaman
- Segerakan penuaian bila ubi sudah sedia untuk dipungut hasil
- Timbus ubi-ubi yang terdedah
(ii) Tikus
Tikus
biasa memakan yang terdedah di permukaan tanah. Seranggan yang serius
boleh menyebabkan kerugian besar. Umpan yang mengandungi racun walfarin
boleh digunakan.
ANGGARAN KOS PENGELUARAN DAN PENDAPATAN SEMUSIM
Anggaran untuk:
Kepadatan penanaman
|
:
|
33,333 kertan sehektar
|
Jarak penanaman
|
:
|
1.0 m x 0.3 m bagi keluasan 1 hektar
|
Tempoh matang
|
:
|
4 bulan
|
Varieti keledek
|
:
|
Gendut atau Cina
|
Kos Pengeluaran
Jenis kerja atau bahan
|
Harga bahan (RM)
|
Tenaga Keluarga
Jumlah hari bekerja |
Tenaga Keluarga
Kos sehari (RM) |
Jumlah kos (RM)
|
1. Benih
|
-
|
-
|
-
|
-
|
2. Menyedia kawasan dan batas
|
800.00
|
-
|
-
|
800.00
|
3. Menanam
|
-
|
16
|
240.00
|
240.00
|
4. Menyiram
|
-
|
12
|
180.00
|
180.00
|
5. Membaja
|
381.09
|
5
|
75.00
|
456.09
|
6. Merumpai
|
174.50
|
10
|
150.00
|
324.50
|
7. Mengawal perosak
|
444.50
|
10
|
150.00
|
594.50
|
8. Menuai
|
-
|
48
|
720.00
|
720.00
|
Jumlah kos pengeluaran
|
1,800.09
|
101
|
1,515
|
3,315.09
|
Anggaran Pendapatan Semusim
Hasil
(kg/ha) |
Pendapatan
|
Jumlah pendapatan pada 3 harga jualan
(RM/kg) |
0.50
|
1.00
|
1.50
| ||
Rendah
(7,000) |
(i) Kasar
(ii) Bersih (iii) Keluarga |
3,500.00
184.91 1,699.91 |
7,000.00
3,684.91 5,199.91 |
10,500.00
7,184.91 8,699.91 |
Sederhana
(11,000) |
(i) Kasar
(ii) Bersih (iii) Keluarga |
5,500.00
2,184.91 3,699.91 |
11,000.00
7,684.91 9,199.91 |
16,500.00
13,184.91 14,699.91 |
Tinggi
(15,000) |
(i) Kasar
(ii) Bersih (iii) Keluarga |
7,500.00
4,184.91 5,699.91 |
15,000.00
11,684.91 13,199.91 |
22,500.00
19,184.91 20,699.91 |
Sumber: Penanaman Ubi Keledek, disusun dan disunting oleh Seksyen Editorial, Jabatan Pertanian Sarawak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan